Friday, April 29, 2011

Hum...apa aku nak jadi?

Aku pun tak tau aku nak jadi apa...bila semua benda aku buat,semua kerja try, dah rasa macam 'Jack of all trades, master of none'.

Aku nak gak merasa master kat satu-satu skill.Tapi rasanya dengan tanggungan yang aku pikul sekarang ni, aku masih tak mampu untuk lepaskannya dan terus kejar cita-cita idaman aku.Ke sebenarnya aku ni menjadikan tanggungjawab itu sebagai alasan untuk aku kejar cita-cita?Manusia kan memang banyak alasan, sedangkan dia tak nampak masalah yang hadir mungkin satu peluang besar buat dirinya...macam kalau dah jadi emak ke kan, takkan nak jadikan alasan kene jaga baby sebagai rintangan untuk diri berjaya...mesti ada caranya.

Bila lama aku berpk dan terdetik,sebenarnya selama ini aku asyik tak puas hati dan merungut je dengan apa yang aku ada sekarang.Sedangkan takdela teruk sangat pun life aku ni, ada orang hidup lagi teruk dari aku. Yela bila kita asyik nampak yang negatif je, maka negatifla yang kita dapat.Pembahagian masa yang tak konsisten pun salah satu faktor aku jadi mcm ni gk, selalu lost dan asyik takde masa.

Hehe,oleh itu,mulai sekarang aku nak ubah semua tanggapan ini jadi sebaliknya,biarlah tanggungjawab tu menjadi cabaran buat diriku untuk mengejar cita-cita hakiki aku.Tak perlu lagi alasan, tak perlu lagi 'membangau',semua yang terjadi adalah disebabkan diri aku sendiri, dan aku berdoa pada Allah semoga dipermudahkan jalan untuk melihat hidup ini dari kaca mata yang lebih positif.kene tetapkan matlamat dan paling penting jangan hipokrit,i want to be myself.Jaga hati sendiri dulu baru boleh jaga hati org lain.

ok,bye2

Tuesday, April 26, 2011

Tobu tu binatang apa?

Assalamualaikum & selamat sejahtera semua~!

gambar zaman universiti-2008


gambar sekarang-2011


Alhamdulillah...setelah berkurun lamanya aku mendambakan sebuah blog untuk diriku sendiri,barulah hari ini dream came true...aahh gila ketinggalan kan? Tapi orang putih bilang "better late then never"..jadi lantaklah asal nanti cucu cicit aku nak tau kisah nenek dia, terus aku "nah,korang baca sendiri blog nenek ni..." hehe.

Ok,mesti korang nak tau apa itu TOBU? binatang ke?makanan ke?typo ke,ke sebenarnya Tebu (err...Tebu-Allia?)

Sebenarnya Tobu dari bahasa Jepun, Tobu, 飛ぶ maksud terbang, 'fly' atau 'to fly'. Aku bukanlah terror bahasa Jepun, setakat tiru ayat-ayat dalam anime bolehlah, tapi kebetulan masa aku dekat universiti dulu,roomate kawan aku ambil bahasa Jepun, saja belek-belek kamus Jepun dia lalu terjumpala perkataan ini,sampai sekarang aku guna perkataan tu. Kenapa ek?

-sbb sejak kecil lagi aku berangan nak terbang.Jadi tak dapat terbang betul-betul guna ayat Tobu pun dah buat aku happy..hehe
-bunyik dia comel!kawaii desu <3
-perkataan 'Tobu' nak dekat sama dengan 'Taka',nama panggilan untuk buah hati saya dari universiti sampai sekarang (dah bertunang dah pun) :">
-dan yang paling penting,to fly ni bagi maksud yang mendalam buatku

Ayat tu macam menyuruh kita terbang mencapai cita-cita walaupun nampak mustahil (kalau ada ciptaan kepak yang boleh terbangkan manusia,aku akan book dulu! ^^).Jadi kita kaitkan dengan semangat yang tinggi sampai kita rasa boleh terbang ke langit.Aku memang obses dengan terbang-terbang ni, malah salah 1 impian aku nak naik glider, nak glide ke udara...heheh.Walaupun berzodiak Pieces, kalau boleh nak jadi ikan yang ada kepak, sebab air pun saya suka gak (gila tamak!)hehehe..

Ok,itu saja introduction yang agak merepek dariku.Akhir kata(tiba-tiba jadi skema),jangan pernah lupakan cita-cita,impian dan matlamat kita di dunia ini,kerana dengan adanya semua ni(gelombang-gelombang positif) barulah dapat menggerakkan sel-sel didalam badan kita,dan akhirnya menjadikan umat manusia,Islam khususnya yang berdaya saing dan maju di muka bumi ini.(perkara ini telah dibuat kajian, itu sebabnya kita pernah dengar orang yang sudah nazak tetapi boleh hidup kembali kerana dia merasakan masih ada urusan/matlamat yang belum selesai di muka bumi...masyaAllah)

insyaAllah,amin...

wassalam...selamat malam semua & jumpa lagi~ ;)
 

~semua tentang ToBu~ | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates