Tuesday, September 25, 2012

Cintakah aku kepadamu?

Dulu masa kecik-kecik, aku selalu terfikir kenapa kita disuruh ingat semua tentang sejarah Nabi Muhammad SAW, tentang kehidupan baginda dsb.

Sehinggalah dewasa, baru aku tahu kenapa wajibnya kita tahu tentang semua itu. Waktu dimana aku sangat suka/crush dengan seseorang, automatik semua tentang dia aku ingin tahu. Dari yang sebesar-besar cerita hingga seremeh-remeh perkara.

Pada waktu itulah, terus aku teringatkan Rasulullah SAW, adakah aku tahu semua tentang baginda,jikalau aku mengaku yang aku mencintainya? Rasa macam dah lama aku meninggalkan sejarah hidupnya, dan sangat sedikit aku mengingatimu.

Ya Allah, betapa alpanya aku!...T_T
(terus, aku cari buku 'sejarah hidup Rasulullah' dan mula menghayati sejarah hidup baginda)

Tuesday, September 11, 2012

Selamat Tinggal Anak Kucing T_T


 Aku baru sahaja balik di rumah Seremban (kampungku) dengan komuter pada pukul 12am, lepas siap-siap untuk makan KFC yang adikku belikan, aku terdengar bunyik anak kucing mengiau kat belakang rumahku. Tiba-tiba je, adik aku yang duduk rumah ni pun tak tau dari mana datang anak kucing tu, sebab setau aku memang semua anak kucing yang ada kat rumah ni hilang, taktau samada emaknya yang tak reti jaga, apapun memang kami selalu salahkan emak kucing sebab tak reti jaga anak.

kalau idup lagi mesti dia jadi comei cenggini...wuuu T_T

  Lepas dengar bunyi anak kucing tu, aku terus meluru ke dapur, dan lepas buka pintu berlari terkedek-kedek ke arahku anak kucing ekor panjang comot dengan tahi di punggung, memang nampak tak terurus,kembung perut & cirit-birit sebab tak cukup makan kot.

  Lantas aku beri dia makan ayam KFC aku sikit, buatkan air susu untuk dia dan lap punggung dia. Rasa macam nak bela dia je, lalu aku letaklah dia di dalam almari usang belakang rumah.

 Aku terus sambung makan di bilik sambil layan MIB 3. Tetiba aku dengar lagi bunyi dia mengiau macam nak masuk bilik aku, kat tepi cermin je...tetapi tetiba bunyik mengiau tu jadi pelik, macam bunyik dia minta tolong, suara makin lemah macam kena serang dengan sesuatu. Aku jadi panik sangat dan dah fikir memacam, tengok dari tingkap bilik tak nampak apa, aku cepat-cepat lari keluar tengok anak kucing tu, tapi panggil-panggi tak jumpa, senyup je dan yang aku nampak ekor warna hitam panjang tengah naik bumbung, sahlah anak kucing tu kena makan MUSANG! :(

  Sangat sedih, sebab sungguh singkat aku jumpa kucing tu, dengan comot-comot dia aku lapkan dan bagi dia makan semua, sekali dia dah mati dibaham musang malam tu jugak...rasa macam sedih dan terkilan...padanlah banyak anak kucing hilang selama ni,rupa-rupanya kena makan dengan musang. Macam manalah agaknya rupa musang tu, mesti ada taring dan gigi tajammm...wuu!

   Bila jadi macam ni, terus aku kaitkan dengan diri sendiri, Allah boleh ambil nyawaku bila-bila masa dia nak sahaja, tak kisah samada orang tu masih muda ke, sihat dan tiada apa-apa symptom untuk pergi. Bila Dia kata jadi, maka jadilah dan hilanglah nyawa dari badan ini.

   Ya Allah, hidupkan aku dalam iman, dan matikanlah aku di dalam iman...Kau ambillah nyawaku di masa amalku melebihi dosaku...dan masukkan aku di kalangan orang beriman dan beramal soleh.

  Semoga anak kucing itu selamat di sana dan mendoakan keberkatan untukku..amin (setahu aku binatang boleh doakan untuk manusia kan...hihi)

Sunday, June 10, 2012

~Jodoh oh Jodoh~ part 1

ohhooo berangan~;p
alhamdulillah,jemput makan kek kawen saya ;p


tahniah Naddy & Pian!! ^^
terpaksa kipas diri sendiri...pengapit dah lari :(

Assalamualaikum wbt!10 Jun 2012, sekarang musim orang kahwin,banyak gak dapat undangan kahwin daripada kengkawan terutamanya kawan sekolah dulu. Semalam sempat menghadiri kenduri kahwin model butik Get Gorgeous saya Nadia Natasya@Naddy bersama husbandnya Saffian@Pian di Johor...Uuu..rasa macam...at last,mereka berkahwin akhirnya.Macam seronok tengok couple dah lama kemudian berakhir dengan ikatan perkahwinan.Alhamdulillah...^^

Aku? hahah mungkin tak kesampaian lagi..hajat mmg dah ada,tp dah putus d tengah jalan so nak buat macamana kan.Allah yang menentukan. Yang aku tak bajetnya,bila dah putus tunang ni plak ramai plak yg datang...huuu..sampai konpius n rasa macam tak tau nak tengok yang mana satu sebenarnya jodohku.

Adakah jodohku dengan org yang baru jumpa, berkenalan lalu terus berkahwin?<---ramai kawan aku macamni,tp aku tak pun! >_<

Haa,nak dijadikan cerita...memang aku pernah mengalami situasi ini, kenal kejup & boleh link n trus rasa nak kahwin! adoii,akupun tak paham macamana boleh rasa mcm ni, ke sebab aku ni mengalami 'rebound relationship' (sbb br lps putus tunang, so dia culture shock skejup ;p)..Setau aku,setelah bertanya pada hati, hatiku cakap akuni bukanlah jenis cepat terbuka dengan seseorang, means takdelah terus dengan YAKINN je boleh rasa nak kawen ngn Datuk K ni(bukan nama sebenar,saja letak Datuk K sbb aku Siti...;p)..huhu..ceritanya, aku yang baru sahaja kekosongan, dicampur plak baru lps kena rejek dgn seseorang (eh...lebih pada aku sendiri yg rejek diri aku dr suka kat dia..haaa konpius kan?).Kenal Datuk K ni masa dia msg aku di inbox FB, mmg tiba2,n kebetulan pukul 3 pg tu aku register internet dlm hp,so aku layan je lah.Dia langsung takde mutual ngn aku, n cara dia tegur aku pun tak cliche (cliche org nk bekenalan--> Hai,boleh berkenalan?)..so ilmu di situ, kalau nak tackle perempuan, cuba bagi ayat tak cliche masa first tegur tu.contohnya buat2 mcm dah kenal lama,mesti pempuan tu tetanya2..keh2.(eh,ape citer ni?).

Jadi akupun layan zaaass jela dgn dia ni,sebab dia suka merepek n gila sikit. Sampaikan aku pernah rasa macam aku dok msg ngn diri sendiri,means kemerepekan dia ni boleh link dgn kerepek aku (O_o?) .Jadinya sampai bertukar nombo dalam masa 1 hari sahaja!hahah macamana aku boleh trust gila dia, mungkin sbb dia pun tak nampak mcm menggatal sangat, n just nak berborak kosong je.

Tapi yang jadi konpiusnya, bila dia dok cucuk2 kata nak kahwin dgn aku...aku macam...ok,dia ni nak lebih dr kawan ke? Aku layan macam biasa jela,until ada satu kes, aku keluar dgn dia, n tejumpa pak guard di tempat kerja dia, pak guard tu tanya "ni siapa?" tuju kepadaku. Aku cakapla kawan...adeke dia p cakap "tunang saya"...adoii lgla aku tak paham... -_-..lalu aku berandaian yg dia ni minat nk jadikan aku lebih dr kawan, n aku ok je coz aku pun masuk dgn perangai dia..n aku mmg tgh mencari pun.

Yang tak bestnya, bila aku dah serius tu, macam dia plak melarikan diri. Ok,kau dah bagi memacam hint, tp kau tak sure plak? N last kes yg aku mula rasa tak best bila dia yang bz ini tepaksa balik kampung, n tetiba dia kata dia kena paksa tunang plak? Owaa...mcm agak auta...first aku dgr aku gelak2 je..tp lps dia kata mcm real la plk,aku diam je la.tak sedih lg sbb rasa mcm tak logik..nak2 dia tak boleh nk bg bukti pun kat aku...ok tp lps beberapa hari,aku rs agak sedih n down, n terus nak keputusan dr dia, dia nk teruskan ke atau nk putuskan je..itupun dia tak boleh nk jawab.lagi aku rasa sangsi. Tapi aku besangka baik je la,mungkin dia pun konpius so aku terus bagi kata2 semangat kt dia suro dia pk baik2...

Last kemuncak aku dah tak tahan bila sebulan dia masih tak wat keputusan.Last2 aku yg nekad tinggalkan dia...sbb dia mmg tak komited pun utk ada relationship ngn aku...sedangkan dia yang nak kat aku dulu, n dia yg lebey2,,tp mungkin sbb umurpun 25 kan,tak matang lg kata org kalau lelaki (walaupun muka matured, tak semestinya hatinya matured!)Aku yg muka n prangai cam budak2 ni(bak kata dia ;p) pun lebih matured dr dia bila bab relationship etc ---____---

Haih,so that's it, 2 months relationship brings me nowhere...mati di situ je. Las dia bagi aku a few songs dia nyanyi, but love is more than just a song...bukan itu yang aku nak, please hidup di dunia realiti sikit. Cukuplah aku je yg suka hidup dalam dunia imaginasi Tobu (ade kne ngena ke)..heee


~End Jodoh oh Jodoh Part 1~

Saturday, January 21, 2012

Meet My Dragon, Shugo~! ^^


Assalamualaikum~!

Happy Chinese New Year semua & selamat bercuti ;)

Tahun 2012, tahun Dragon menurut zodiak Cina, melambangkan kejayaan , kegembiraan, kuasa dan tuah untuk semua. Tahun lepas, tahun Arnab ramaila Chinese yang membela arnab di rumah mereka. Tapi tahun ni???hahah nasib baikla naga tu mitos semata-mata, aku rasa kalau semua orang nak bela naga, huru-hara kut dunia ni.hehe

EMM...apepun, saya ada bela naga! dah lama dah bela,cumanya dia malu-malu & datang once in a bluemoon. Dan memandangkan tahun ni tahun Naga, dia datangla singgah jenguk tuan dia yang kesepian ini (-_-)

Kenalkan,Shugo, Naga Tobu ;D

Naga korang macamana pula?

-TOBU-

Friday, January 6, 2012

Sumpahan Zaman 'U' Aku Kembali! -_-


Hum,pernah dengar tak ayat ni?
"apa yang kita niat/cakap tu adalah doa"
woo...berhati-hati dengan apa yang anda niatkan,nak-nak kalau time tu kita sangat eager n nak sangat menda tu berlaku. Alhamdulillah, semenjak aku belajar CVT (color vibration therapy) baru aku tau sangkut paut doa.secara saintifiknya, percakapan kita adalah gelombang yang akan bergetar dan akan terjadi sekiranya kita asyik berulang kali cakap,lagi-lagi kalau disertai niat,coz niat ni adalah infrasonic,iaitu getaran yang sangat kuat, lg kuat dari ultrasonic.

Jadi nak dijadikan cerita, aku dulu study di MMU Cyberjaya tahun 2004. masa baru start orientasi, aku dapat roomate yang SEPARA social, panggil Anis(bukan nama sebenar).kerjanya 24hours dok citer pasal boyfrend dia kat akuu! OMG! memang tak larat nak layan.time tu dah la aku takde PC & handset lagi, hanya berbekalkan sebuah radio. Haha tak dapat bayangkan asyik nak kene dengar dia bercerita pasal BF omputih dia la...EX-BF dia dlu la..EX-EX sblum tu la..ok kesimpulannya dia ramai BF,fine! ;p

Selang beberapa hari, masuk lagi sorang roomate, namanya Ema(bukan nama sebenar gak-dah lupa kot nama dia,haha).kalini BETUL-BETUL social, tahap ada sugar daddy punya & merokok. Tapi nasib baik dia baik,cuma tak baper berkenan coz dia selalu bawa kawan-kawan seangkatannya n merokok (aku dah la tak tahan rokok..wuu -__-).

Jadiinyaa...aku yang memang baru first time duk asrama & tak tahan sangat dengan roomate2 ku, asyik fikir:
"Kan best kalau dapat duk sorang-sorang"
Sedar tak sedar, sorang-sorang roomateku keluar dari bilik tu...

Mula-mula Ema tu, of coursela dia memang bukan datang untuk belajar, so aku tak tau apa cerita, tiba-tiba dia dah tak study lagi kat MMU, boleh kata tiba-tiba lesap kot? Lega sangat sebab kalau tak tu memang tak best je rasa nak stay lama-lama kat bilik tu.

Then, ingatkan dia je,tiba-tiba Anis pun keluar juga, dia dapat tawaran UIA & parents dia suro tukar, walaupun sebenar dia suka lagi study di MMU. Masa ni macam sedih jugak, sebab kira rapat gak ngn dia (time tu tak jumpa 'click' lagi.huhu).

Tinggal aku sesorang...lama gak alone. Nasib dah ada PC, jadi tak sunyi sangat.emm sunyi gak.

Nak dekat 1 sem jugak aku sesorang, bilik org lain dah penuh, bilik aku masih lagi kosong, ada aku je... sampailah seorang akak ni masuk, tapi semua jenis yang tak stay kat bilik@macam kosong jugaklah.huhuh.memang seingat aku, first year tu roomate bertukar-tukar n kosong, n last-last keje aku dok lari ke bilik kawan. heheh

Tapi tulah, ingatkan curse tu dah tiada, tengok-tengok masa keje ni selalu pula hadir

Dari start keje lagi, tunang(ex sudah) yang jauh di Sabah, kawan-kawan takde sekitar, kerja pula bisnes sendiri 2 beradik, akak selalu keluar. kadang 1 point aku rasa mcm mungkin sbb niat aku dulu yg suka sangat kalau dapat bersendiri, kan Allah dah bagi 24/7 bersendiri...haha..

Tapi apepun,bila pk-pk balik terapi aku memang bersendiri. Sebab bila bersendiri, aku akan ingat Allah selalu,terasa diri ni terlalu kerdil & hina. Bila bersendiri, aku mula merenung kembali apa yang telah aku buat sepanjang perjalanan hidup aku. Banyak juga masa yang telah aku sia-siakan, dan aku selalu berharap untuk menjadi lebih baik. Mungkin ujian ini yang mampu menjadikan aku insan yang lebih baik. BERSENDIRI.

nota kaki: bersendiri di kala datang bulan menyebabkan aku terlebih emosi. perlukan coklat!

Sunday, January 1, 2012

Selamat Tahun Baru 2012 korang~!


sambutan tahun baru di Hotel Royal Bintang,Seremban-sempena ipar cousin's wedding


walaupun dah masuk Januari 2012,aku still tak letakkan apa-apa azam new year lagi.kenapa?sbb tak rasa nak berazam untuk tahun baru.actually azam ni bila-bila pun bole kan.skarang jom?hehe.anyways sesiapa yang ada pasang azam tu baguslah,n harap korang dapat melaksanakan azam tu ya, insyaAllah! ;)
 

~semua tentang ToBu~ | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates