Friday, January 6, 2012

Sumpahan Zaman 'U' Aku Kembali! -_-


Hum,pernah dengar tak ayat ni?
"apa yang kita niat/cakap tu adalah doa"
woo...berhati-hati dengan apa yang anda niatkan,nak-nak kalau time tu kita sangat eager n nak sangat menda tu berlaku. Alhamdulillah, semenjak aku belajar CVT (color vibration therapy) baru aku tau sangkut paut doa.secara saintifiknya, percakapan kita adalah gelombang yang akan bergetar dan akan terjadi sekiranya kita asyik berulang kali cakap,lagi-lagi kalau disertai niat,coz niat ni adalah infrasonic,iaitu getaran yang sangat kuat, lg kuat dari ultrasonic.

Jadi nak dijadikan cerita, aku dulu study di MMU Cyberjaya tahun 2004. masa baru start orientasi, aku dapat roomate yang SEPARA social, panggil Anis(bukan nama sebenar).kerjanya 24hours dok citer pasal boyfrend dia kat akuu! OMG! memang tak larat nak layan.time tu dah la aku takde PC & handset lagi, hanya berbekalkan sebuah radio. Haha tak dapat bayangkan asyik nak kene dengar dia bercerita pasal BF omputih dia la...EX-BF dia dlu la..EX-EX sblum tu la..ok kesimpulannya dia ramai BF,fine! ;p

Selang beberapa hari, masuk lagi sorang roomate, namanya Ema(bukan nama sebenar gak-dah lupa kot nama dia,haha).kalini BETUL-BETUL social, tahap ada sugar daddy punya & merokok. Tapi nasib baik dia baik,cuma tak baper berkenan coz dia selalu bawa kawan-kawan seangkatannya n merokok (aku dah la tak tahan rokok..wuu -__-).

Jadiinyaa...aku yang memang baru first time duk asrama & tak tahan sangat dengan roomate2 ku, asyik fikir:
"Kan best kalau dapat duk sorang-sorang"
Sedar tak sedar, sorang-sorang roomateku keluar dari bilik tu...

Mula-mula Ema tu, of coursela dia memang bukan datang untuk belajar, so aku tak tau apa cerita, tiba-tiba dia dah tak study lagi kat MMU, boleh kata tiba-tiba lesap kot? Lega sangat sebab kalau tak tu memang tak best je rasa nak stay lama-lama kat bilik tu.

Then, ingatkan dia je,tiba-tiba Anis pun keluar juga, dia dapat tawaran UIA & parents dia suro tukar, walaupun sebenar dia suka lagi study di MMU. Masa ni macam sedih jugak, sebab kira rapat gak ngn dia (time tu tak jumpa 'click' lagi.huhu).

Tinggal aku sesorang...lama gak alone. Nasib dah ada PC, jadi tak sunyi sangat.emm sunyi gak.

Nak dekat 1 sem jugak aku sesorang, bilik org lain dah penuh, bilik aku masih lagi kosong, ada aku je... sampailah seorang akak ni masuk, tapi semua jenis yang tak stay kat bilik@macam kosong jugaklah.huhuh.memang seingat aku, first year tu roomate bertukar-tukar n kosong, n last-last keje aku dok lari ke bilik kawan. heheh

Tapi tulah, ingatkan curse tu dah tiada, tengok-tengok masa keje ni selalu pula hadir

Dari start keje lagi, tunang(ex sudah) yang jauh di Sabah, kawan-kawan takde sekitar, kerja pula bisnes sendiri 2 beradik, akak selalu keluar. kadang 1 point aku rasa mcm mungkin sbb niat aku dulu yg suka sangat kalau dapat bersendiri, kan Allah dah bagi 24/7 bersendiri...haha..

Tapi apepun,bila pk-pk balik terapi aku memang bersendiri. Sebab bila bersendiri, aku akan ingat Allah selalu,terasa diri ni terlalu kerdil & hina. Bila bersendiri, aku mula merenung kembali apa yang telah aku buat sepanjang perjalanan hidup aku. Banyak juga masa yang telah aku sia-siakan, dan aku selalu berharap untuk menjadi lebih baik. Mungkin ujian ini yang mampu menjadikan aku insan yang lebih baik. BERSENDIRI.

nota kaki: bersendiri di kala datang bulan menyebabkan aku terlebih emosi. perlukan coklat!

No comments:

Post a Comment

 

~semua tentang ToBu~ | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates