Wednesday, June 8, 2011

Eh, dah masuk Rejab?



Alhamdulillah...dah masuk 7 hari kita dalam bulan Rejab.Dan pejam celik pejam celik masuk Syaaban,Ramadhan seterusnya Syawal,lalu berhari rayalah semula kita :)

TAPI AKU RASA MACAM BARU JEEE MASUK TAHUN BARU, TAK SEMPAT BUAT AZAM BARU DAH MASUK TENGAH TAHUN?! errkkk

Betulla kata-kata Allah dalam surah Al-Asr, "Demi Masa! sesungguhnya manusia itu dalam kerugian..."



Bayangkan kalau kita masih di takuk lama sepanjang tahun-tahun berlalu ni. Nanti umur dah meningkat takde apa kemajuan pun dalam hidup kita...sungguh sedih, aku doa mintak dijauhkan.

"Ya Allah, Kau jadikanlah hari ku ini lebih baik dari hari sebelumnya,dan hari ini lebih banyak kejayaan dari sebelumnya."

Aku pernah dengar ada kiai dari Indonesia ni sebut, setiap hari kita kenalah kenal dengan orang baru dan mencuba sesuatu yang baru dalam hidup kita. Barulah network berkembang, Islam berkembang dan kita akan dapat lagi banyak ilmu dan pengalaman pabila bergaul dengan ramai orang.

Oh i wish i can be like that!cuba benda baru is a must! tapi utk bergaul dgn orang baru setiap hari,larat ke aku?huhu.tapi tak di nafikan, Facebook/internet kan ada, ape lagi yg susahnye kan? (tapi saya pemalu orangnya) hahah,alasan aku yang sering diguna pakai! sedangkan sebenarnya MALAS nak tau hal orang lain, betul tak? (ehh ni ape ni, gaduh dengan diri sendiri ke ape? (o_O) )

huhuh,ok.mulai hari ini,jum berkenalan dengan orang baru, 1 hari 1 orang,start dengan huruf "A" di Facebook, lol! nak try lah.tp lepas dah rapat2 tu, takkan nak benti di situ je ye tak? mestilah kene sambung lagi ukhwah yang dah di bina tadi. Haih ini lagi satu menda yg aku rs takde masa (eleh...macam PM plak ko dok BZ memanjang ;p).um,sebenarnya TIME MANAGEMENT je yg perlu dibetulkan, ye dak?

hehe,oleh itu, jomlah kita menjadi seorang yang bijak menguruskan masa, kerana TIME IS GOLD!



sekian sahaja hujah saya utk kali ini...terima kasih~! (penuh merepek kerepek betul kali ini ;p)

bye bye

No comments:

Post a Comment

 

~semua tentang ToBu~ | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates