Friday, June 17, 2011

Jatuh Hati Pada Juvana... & Botak?

Lately ni, aku sangatla gila dengan drama yang sedang hangat di TV3 sekarang, Juvana.Biasanya aku tengok dari tonton sebab aku selalu je takde kat rumah malam Isnin tu.

Jalan cerita Juvana memang menyimpang dari drama 'cliche' orang Melayu (alaa...macam cerita-cerita korporat la,orang gila,balas dendam,jatuh cinta atau emak miskin ditinggalkan anak yang lupa diri ;p).Bosan tau tengok cerita-cerita macam ni, macam tak berkembang otak pun ada juga (kalau aku balik kampung selalu argue dengan mak aku nak tukar channel, dia minat betul cerita macam ni!).Sedangkan banyak je lagi jalan cerita yang boleh dibuat drama, tapi kenapalah mesti ada cliche-cliche ni? Tengok cerita Jepun contohnya, cerita mereka bukan tentang kesusahan,cinta, duit, dendam semata-mata. Kebanyakan cerita mereka mesti diselitkan dengan matlamat/goal yang hendak dicapai oleh hero/heroin.

Bagi aku, Juvana memang antara cerita yang keluar dari konsep tersebut. Cerita ni lebih kepada matlamat dan bagaimana seorang yang tidak bersalah (Daim) dimasukkan ke sekolah Juvana (Sekolah Wira Bakti) dan dibuli oleh pelajar di dalam sekolah tersebut, terutama Captain House mereka, Botak.

Kenapa aku suka bangat dengan cerita Juvana ni?

- Jalan cerita dia teratur, tak meleret, dan semua ada point. Mungkin mereka guna storibod,yang mana ramai pembuat drama Melayu mengabaikan kepentingan storibod, tu yang cerita meleret-leret dan banyak filler je..

- Teringin sangat nak tau macamana Daim yang pengecut tu nak boloskan diri dari tempat tu, dan macamana Daim nak buktikan yang dia tidak bersalah!Cerita ni banyak realitinya sebab Daim tu takdelah tiba-tiba esoknya berubah jadi hebat (aku mati-mati ingat jadi mcm tu lepas cikgu Zakiah kaunseling dia, sekali meleset ;p)

-Pelakon dia memang menghayati watak, terutama Botak. Aku rasa kalau watak Botak tak dijiwai dengan betul, busan gak jadinya, sebab dia gangster utama yang menghidupkan karakter yang lain.hehe HIDUP BOTAK! (ehhh!??)

- Emm... sebenarnya kan, aku mengaku aku suka Botak <-- pengakuan terang-terangan .haha. Botak, lakonan Johan Ariff Asari memang terasa real dan salute la dia sebab pandai melakonkan watak ni walaupun Johan ni masih baru dalam industri lakonan. Satu lagi of coursela sebab dia comei, walaupun tak senyum tapi sebenar muka still cute (tengok masa dia kene dera dengan ayah) hehe.Tapi Johan Asari tu memang lagi seswai kalau botak banding ada rambut ;p. Aku memang jarang suka kat artis, tapi kira Johan antara beberapa yang aku suka la setakat ni. Harap Johan Asari dapat jadi pelapis pelakon drama Melayu, ni kalau tak asyik muka orang yang sama je di TV, sampai konpius aku sebab cerita lain tapi pelakon sama >_<

Ok,itu beberapa faktorla, kalau nak tulis semua dah macam karangan la pulak. Tapi apepun aku memang minat drama Juvana ni dahulu, baru 'terjatuh hati' dengan Botak. hehehe. Akak aku pun pelik kenapala dalam banyak-banyak pelakon aku minat si Botak yang ganas tu. Tapi nak buat macam mana, dah aku suka. huhu

Apepun, korang nilaila sendiri cerita Juvana ni k! Boleh tengok di TV3 Isnin jam 9 malam atau kalau dok melepas je tengoklah di tonton.com.my

sekian,,wassalam.jumpa lagi~!

1 comment:

  1. baby...aku pun ske botak gk...smlm dier kuar kt wanita hari ini.... dh ade rmbut....tp biler botak lg hensem.... anyway...aku pun ske citer tuh gk.... byk isu yg dier kuar kan from reality life....anyway ske botak n daim=)

    hanim

    ReplyDelete

 

~semua tentang ToBu~ | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates