Tuesday, September 11, 2012

Selamat Tinggal Anak Kucing T_T


 Aku baru sahaja balik di rumah Seremban (kampungku) dengan komuter pada pukul 12am, lepas siap-siap untuk makan KFC yang adikku belikan, aku terdengar bunyik anak kucing mengiau kat belakang rumahku. Tiba-tiba je, adik aku yang duduk rumah ni pun tak tau dari mana datang anak kucing tu, sebab setau aku memang semua anak kucing yang ada kat rumah ni hilang, taktau samada emaknya yang tak reti jaga, apapun memang kami selalu salahkan emak kucing sebab tak reti jaga anak.

kalau idup lagi mesti dia jadi comei cenggini...wuuu T_T

  Lepas dengar bunyi anak kucing tu, aku terus meluru ke dapur, dan lepas buka pintu berlari terkedek-kedek ke arahku anak kucing ekor panjang comot dengan tahi di punggung, memang nampak tak terurus,kembung perut & cirit-birit sebab tak cukup makan kot.

  Lantas aku beri dia makan ayam KFC aku sikit, buatkan air susu untuk dia dan lap punggung dia. Rasa macam nak bela dia je, lalu aku letaklah dia di dalam almari usang belakang rumah.

 Aku terus sambung makan di bilik sambil layan MIB 3. Tetiba aku dengar lagi bunyi dia mengiau macam nak masuk bilik aku, kat tepi cermin je...tetapi tetiba bunyik mengiau tu jadi pelik, macam bunyik dia minta tolong, suara makin lemah macam kena serang dengan sesuatu. Aku jadi panik sangat dan dah fikir memacam, tengok dari tingkap bilik tak nampak apa, aku cepat-cepat lari keluar tengok anak kucing tu, tapi panggil-panggi tak jumpa, senyup je dan yang aku nampak ekor warna hitam panjang tengah naik bumbung, sahlah anak kucing tu kena makan MUSANG! :(

  Sangat sedih, sebab sungguh singkat aku jumpa kucing tu, dengan comot-comot dia aku lapkan dan bagi dia makan semua, sekali dia dah mati dibaham musang malam tu jugak...rasa macam sedih dan terkilan...padanlah banyak anak kucing hilang selama ni,rupa-rupanya kena makan dengan musang. Macam manalah agaknya rupa musang tu, mesti ada taring dan gigi tajammm...wuu!

   Bila jadi macam ni, terus aku kaitkan dengan diri sendiri, Allah boleh ambil nyawaku bila-bila masa dia nak sahaja, tak kisah samada orang tu masih muda ke, sihat dan tiada apa-apa symptom untuk pergi. Bila Dia kata jadi, maka jadilah dan hilanglah nyawa dari badan ini.

   Ya Allah, hidupkan aku dalam iman, dan matikanlah aku di dalam iman...Kau ambillah nyawaku di masa amalku melebihi dosaku...dan masukkan aku di kalangan orang beriman dan beramal soleh.

  Semoga anak kucing itu selamat di sana dan mendoakan keberkatan untukku..amin (setahu aku binatang boleh doakan untuk manusia kan...hihi)

No comments:

Post a Comment

 

~semua tentang ToBu~ | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates